Utusan Borneo : Rujuk MUIS dan JHEAINS jika keliru isu halalan toyyiban

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini diminta supaya merujuk dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sekiranya keliru dengan isu berkaitan halalan toyyiban.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perkara itu tidaklah sukar seperti yang didakwa kerana kebanyakan kedai di Sabah memiliki sijil halal.

Beliau yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memberikan komen terutama membabitkan sensitiviti umat Islam di negeri ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan.

"Tidak susah sebenarnya, kecuali kita merasa susah, maka jadi susahlah. Kalau banyak sudah logo halal, ertinya ada lah halal di sini (Sabah). Jadi kita perlu hati-hati dalam hal ini.

"Apa-apa masalah, apa-apa kekeliruan, kita rujuk dengan MUIS, JHEAINS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

article penuh: https://www.utusanborneo.com.my/2024/01/09/rujuk-muis-dan-jheains-jika-…