INTRODUCTION AND THE ROLE OF KIT

PENGENALAN

  • KIT adalah singkatan untuk Bahagian Kemajuan IT.
  • KIT pada asalnya ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri pada 01 Feb 2000 dan telah dipindahkan di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkuatkuasa pada 27 Mac 2003 melalui Warta no. 707.

FUNGSI

  • Fungsi KIT adalah untuk melaksanakan Pelan Induk  IT Sektor Awam Negeri dan berkhidmat sebagai Sekretariat kepada Majlis IT Sabah dan mentadbir rangkaian seluruh negeri melalui “Sabah.Net” dalam lingkungan kerja dasar.
  • Aplikasi utama dalam Sabah.Net termasuklah :
    • Sistem Kerajaan Elektronik
    • Pendidikan Net
    • Komuniti Elektronik
    • Perdagangan Elektronik
  • KIT bekerjasama rapat dengan rakan-rakan kongsi stratergik seperti Agensi dan Badan Berkanuan Kerajaan negeri dan Persekutuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Tanpa kerjasama dengan mereka, KIT tidak akan mampu bergerak sendiri untuk mencapai matlamat dan melaksanakan tanggungjawabnya.

PIAGAM PELANGGAN KIT

KIT bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut :

  • Memastikan pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti KIT yang telah diluluskan dilaksanakan mengikut tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan.
  • Menyiapkan penganalisaan dan semakan ke atas kertas cadangan projek dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima arahan.
  • Memastikan setiap permohonan untuk sebaran maklumat rasmi kerajaan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari selepas permintaan diterima.
  • Memastikan minit-minit mesyuarat diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja bagi bilangan mesyuarat yang tidak melebihi 3 mesyuarat dalam setiap minggu.
  • Menyelesaikan masalah teknikal berkaitan ICT yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan syarat perkakasan dan peralatan yang diperlukan adalah tersedia dan boleh digunakan.
  • Melaksanakan Kajian Kesauran atau memberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.
  • Menghasilkan Laporan Kajian Kesauran dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas selesai menjalankan Kajian Kesauran.
  • Berusaha untuk mengurangkan atau mengelak aduan pelanggan.

 

You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my