KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13 Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

Telefon : 088-288325/288326/288327 Faks : 088-269071

 

KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA

 

  1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor – kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA dalam bidang Bekalan/Perkhidmatan yang dinyatakan, memiliki Sijil Pengiktirafan Status Perniagaan Anak Negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dan mempunyai lesen berniaga yang sah untuk menyertai sebutharga seperti berikut:
Bil. Tajuk Sebutharga No. Sebutharga Bidang Pendaftaran & Bidang Syarikat
1. Perkhidmatan Housekeeping,
Kementerian Pembangunan Sumber
dan Kemajuan Teknologi Maklumat,
Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.
KPSKTM/BPK:2018/01 PUKONSA
Kod:- 220402 dan 220403

 

2.  Dokumen Sebutharga boleh didapati di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat,

               Tingkat 8,   Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu dengan harga RM20.00 bermula pada 8 Mei2018 jam 10:00 pagi

               pada masa bekerja.

3.   Syarikat/ kontraktor mestilah membawa salinan ASAL Lesen Berniaga, PUKONSA dan Lesen yang
      berkaitan dan satu (1) salinan bagi sijil-sijil tersebut yang telah disahkan benar semasa membeli dokumen
      sebutharga. Sekiranya Syarikat Kontraktor mewakilkan orang lain untuk membeli dokumen tersebut, maka
      surat kuasa hendaklah diberi kepada mereka untuk ditunjukkan semasa pembelian.

4.   Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama dengan profil syarikat dan salinan
      semua sijil pendaftaran berkaitan dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor
      dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada :

Pengerusi
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU

5.  Dokumen Sebutharga mestilah dikembalikan tidak lewat daripada jam 10:00 pagi pada 21 Mei 2018 (Isnin)
     dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang telah disediakan di KPSKTM, Aras 8, Wisma Bandaraya.

6.   Jawatankuasa Sebutharga tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga.

7.   Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk
      menghubungi Bahagian Perkhidmatan Korporat di talian telefon:088-288325/6/7.

 

SETIAUSAHA TETAP
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SUMBER DAN
KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Date of publish: 07/05/2018
You are visitor no. :
 
Ministry of Education and Innovation
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my