Sebutharga KPSKTM/SHTBP: 2017/13 - Untuk Melaksanakan Projek Usahawan Pembangun Aplikasi Mobil

1. Sebutharga  ini  adalah  dipelawa  daripada  syarikat-syarikat  yang  berdaftar  dengan  Pusat Pendaftaran  Kontraktor  Kerja,  Bekalan  dan  Perkhidmatan  Kerajaan  Negeri  Sabah (PUKONSA) untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut : 
BIL
NOMBOR
SEBUTHARGA
TAJUK
KOD BEKALAN  DAN TAJUK
1
KPSKTM/SHTBP 
: 2017/13
UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK
USAHAWAN PEMBANGUN APLIKASI
MOBIL 
220204
Pengurusan Pameran/Pentas
Atau
210105
Other Computer Related 
Services
 2. Dokumen  Sebutharga  ini  boleh  diperolehi  dari  Kementerian  Pembangunan  Sumber  dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Tingkat 8, Wisma Bandaraya semasa waktu pejabat bermula pada  28 September 2017. Harga senaskah dokumen ialah  RM20.00  (tidak dikembalikan). Untuk maksud ini :
 2.1. resit pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi; dan
 2.2. kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM.
3. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan pendaftaran PUKONSA, profil syarikat, profil kewangan syarikat, lesen-lesen berkaitan serta menyatakan pengalaman kerja  dan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada :
 
Pengerusi
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU
 
 4. Dokumen  Sebutharga  mestilah  dikembalikan  tidak  lewat  daripada  jam  10:00  pagi pada 05  Oktober  2017 dan  dimasukkan  ke  dalam peti  sebutharga  yang  telah  disediakan  di KPSKTM, Aras 8, Wisma Bandaraya.
 5. Untuk  sebarang  maklumat  lanjut  mengenai  Pelaksanaan  Sebutharga,  kontraktor  adalah dijemput untuk menghubungi Urus Setia Projek di :
 
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Bahagian Kemajuan IT (KIT)
Aras 6 Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama
88000 Kota Kinabalu
Telefon :  088-288333/288334/288335
Faks :  088-269071
 
SETIAUSAHA TETAP
Kementerian Pembangunan Sumber dan 
Kemajuan Teknologi Maklumat

 

Date of publish: 28/09/2017
You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my