Majlis Bersama Jabatan - Pekerja

MBJ

Halatuju

  • Merapatkan hubungan silaturahim semua pekerja, hormat menghormati dan memupuk semangat setiakawan agar dapat mempertingkatkan lagi kerjasama dalam semua aspek khususnya yang berkaitan denganpekerjaan dan kebajikan pekerja.
  • Bekerjasama dengan Majikan menambahbaik keberkesanan peranan Kementerian dalam menyedia dan memberi perkhidmatan yang bermutu dan sempurna kepada pelanggannya.
  • Membudayakan etika dan integrity yang baik selaku anggota perkhidmatan awam bagi melahirkan kumpulan pekerja yang cekap dan berkualiti dalam semua aspek.

Peranan

  • Menjadi wakil dan saluran pekerja Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat bagi membincangkan dan mendapatkan Keputusan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tuntutan pekerja yang ada hubungkait dengantugasan, pematuhan syarat bekerja atau apa jua aspek pentadbiran yang melibatkan kebajikan pekerja.
  • Menjadi kaunter aduan kakitangan bagi apa jua permasalahan berkaitan dengan pekerjaan dan kebajikan yang mampu menjejaskan mahupun menjadi kekangan kepada penyampaian serta mutu perkhidmatan pekerja.
  • Menyampaikan semua maklumat dan jawapan yang tepat mengenai hasil perbincangan mahupun tuntutan pekerja kepada semua ahli.

Jadual Mesyuarat

  • Suku Tahun Pertama: 14 March 2014
  • Suku Tahun Kedua: 13 June 2014
  • Suku Tahun Ketiga: 12 September 2014
  • Suku Tahun Keempat: 05 Disember 2014

 

You are visitor no. :
 
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Telefon : 088-288325/288326/288327 | Faks : 088-269071 | Emel: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my