Soalan-soalan Lazim

Q1. Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai pengusaha berstatus bumiputera?
  • A1. Borang permohonan Status Bumiputera boleh dibeli di Kaunter Khidmat Pelanggan
    Unit Status Bumiputera yang beralamat di Aras Bawah, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid
    Lama, 88000 Kota Kinabalu. Sila berhubung dengan Unit Pendaftaran Status Bumiputera
    di talian 088-288332 untuk maklumat lanjut.

Q2. Di mana saya boleh mendaftar sebagai jobseeker untuk mendapatkan pekerjaan?
  • A2. Pendaftaran secara online boleh dibuat di portal SJC iaitu
    http://www.joblink.sabah.gov.my
    . Anda juga boleh datang ke Kaunter Pendaftaran
    kami yang beralamat di Aras Bawah, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota
    Kinabalu. Sila berhubung dengan Sabah Job Centre di nombor 088-288317 untuk maklumat
    lanjut.

Q3. Jika saya berada di luar kawasan bandar, di manakah saya boleh menggunakan peralatan
ICT atau mendapat capaian Internet?
  • A3. Anda boleh melawat pusat-pusat e-Desa terdekat sekiranya terdapat pusat e-Desa
    di Daerah tersebut. Jika tidak, anda boleh mendapatkan fasiliti tersebut di kafe
    siber atau pusat-pusat perniagaan yang ada menawarkan wi-fi percuma.

Q4. Apakah kursus-kursus kemahiran yang boleh saya ikuti melalui Kementerian Pembangunan
Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat?
  • A4i. Untuk mengikuti Kursus Bahasa Inggeris, Kursus Bahasa Jepun (untuk kawasan
    Kota Kinabalu sahaja) dan Kursus Bahasa Korea (untuk kawasan Kota Kinabalu sahaja)anjuran
    AMC (kerjasama dengan KPSKTM) pedaftaran secara online boleh dibuat di url
    http://www.amc.edu.my

  • A4ii. Untuk mengikuti kursus anjuran KPSKTM berkenaan kursus-kursus Kontraktor,
    permohonan boleh dibuat dengan mengambil borang permohonan di Kaunter Khidmat Pelanggan
    Unit Pendaftaran Status Bumiputera atau pun membuat panggilan ke 088-288332 untuk
    membuat tempahan kursus.

  • Antara kursus-kursus yang dianjurkan adalah seperti:

    • Kontraktor Kerja Bangunan
    • Pengurusan Kontraktor Kerja
    • Kontraktor Bekalan dan Perkhidmatan
    • Kontraktor Kerja Jalanraya
    • Kontraktor Kejuruteraan Awam
    • Kontraktor Kerja Perkhidmatan Bangunan (M&E)
    • Kontraktor Mencuci bangunan dan Membersih Kawasan
    • Asas Kewangan Perniagaan
Q5. Bagaimana KPSKTM boleh membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan tentang
ICT?
  • A5. Pendaftaran secara online untuk memohon kursus ICT (kerjasama dengan KPSKTM)
    boleh dibuat di www.amc.edu.my

You are visitor no. :
 
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Telefon : 088-288325/288326/288327 | Faks : 088-269071 | Emel: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my