Polisi Privasi

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat menghormati sepenuhnya privasi anda semasa mengguna laman web ini. Polisi provasi ini merangkumi :

Pengumpulan Maklumat

KPSKTM tidak akan mengumpul apa-apa maklumat peribadi anda kecuali maklumat-maklumat yang anda bekalkan melalui e-mel, pendaftaran online dan juga sebarang borang online.

Penggunaan Maklumat yang dikumpul

Sekiranya anda perlu membekalkan sebarang maklumat peribadi semasa menggunakan laman web ini, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Pautan Pihak Ketiga

Laman Web Rasmi Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat mempunyai pautan ke laman web Kerajaan dan badan bukan Kerajaan yang lain. Polisi Privasi ini hanya terpakai bagi laman web ini sahaja dan tidak pada laman-laman web tersebut. Anda dinasihatkan agar membaca dan memahami pernyataan privasi bagi setiap laman web yang anda kunjungi.

Pindaan Polisi

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berhak meminda pernyataan Polisi Privasi pada bila-bila masa dan sebarang pindaan akan dikemaskini di laman web ini.

Pertanyaan mengenai Polisi Privasi

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Polisi Perlindungan Privasi, sila e-mel kepada webmaster Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 

You are visitor no. :
 
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Telefon : 088-288325/288326/288327 | Faks : 088-269071 | Emel: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my