Notis Pelawaan Sebutharga 2017 (Tawaran Semula)

1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat  yang berdaftar  dengan Pusat  Pendaftaran Kontraktor  Kerja,  Bekalan  dan  Perkhidmatan  Kerajaan  Negeri  Sabah  (PUKONSA)  untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut:

BIL
NOMBOR
SEBUTHARGA
TAJUK
KOD BEKALAN
DAN TAJUK 
1
KPSKTM/SHTBP :
2017/01
UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM
PEMANTAPAN USAHAWAN MELALUI
APLIKASI TEKNOLOGI: KLINIK
APLIKASI TEKNOLOGI DALAM
KEUSAHAWANAN 
220204
Pengurusan Pameran / 
Pentas
2
KPSKTM/SHTBP :
2017/02
UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM
PEMANTAPAN USAHAWAN MELALUI
APLIKASI TEKNOLOGI: KLINIK
APLIKASI TEKNOLOGI DALAM
KEUSAHAWANAN 2.0
220204
Pengurusan Pameran / 
Pentas
3
KPSKTM/SHTBP :
2017/10
UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK
USAHAWAN PEMBANGUN MEDIA
REKREASI DIGITAL 
220204
Pengurusan Pameran / 
Pentas
atau
 210105
Other Computer Related 
Services
 2. Dokumen Sebutharga ini  boleh diperolehi  dari  Kementerian Pembangunan Sumber  dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Tingkat 8, Wisma Bandaraya semasa waktu pejabat bermula pada 10 April 2017. Harga senaskah dokumen ialah RM20.00 (Tidak dikembalikan). Untuk maksud ini :
 2.1. resit  pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi; dan
 2.2. kontraktor  hendaklah  membawa  SIJIL  PENDAFTARAN  ASAL yang  dikeluarkan  oleh PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM.
 
3. Semua  dokumen  yang  telah  lengkap  diisi  hendaklah  disertakan  bersama  salinan  pendaftaran PUKONSA dan  dimasukkan  ke  dalam sampul  surat  berlakri  yang  ditanda  Nombor  dan  Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada :
Pengerusi
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU

 

 4. Dokumen Sebutharga mestilah dikembalikan tidak lewat daripada jam 10:00 pagi pada  24 April 2017 dan  dimasukkan  ke  dalam peti  sebutharga  yang  telah  disediakan  di  KPSKTM,  Aras  8,  Wisma Bandaraya
 
 5. KPSKTM  TIDAK  terikat  untuk menerima  Sebutharga  terendah atau mana-mana  Sebutharga  atau untuk memberi  apa-apa  sebab penolakan sesuatu Sebutharga.  Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad. 
 
 6. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk menghubungi Urus Setia Projek di :
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Bahagian Kemajuan IT (KIT)
Aras 6 Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama
88000 Kota Kinabalu
Telefon :  088-288333/288334/288335
Faks :  088-269071

 

Date of publish: 06/04/2017
You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my